31.5.12

zzzooozzzsssshhhh........... cepat nya..

assalamualaikum.. lama aku tak update pasal diri aku kat blog ni.. rindu la plak.. hihihih
tup tap tup tap tup tap.. da nak akhir da cuti aku ni.. tup tap tup tap da 20 tahon da rupanya aku ni ....
aku da nak berhenti, nak masok balek u.. ngah wonder ni nak dok kat mana nnt...  tmpat da ada tp x nak la sbb cost tinggi kalo dok kat luar, bukannya aku ada duit pun tiap2 bulan nak sedekah kat rumah (rumah sewa).. time fly so fast, even i not realized that time already past me... hihihiihihihi

27.5.12

bila semalam .....


Tangan aku menjadi lemah, buku yang dipegang terus terjatuh mata aku masih lagi memandang ke hadapan. Aku benar-benar tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Aku terus duduk bila  dia memandang aku dengan senyuman dia yang biasa. Difikiran aku hanya terlintas
“What the heck that guy doing here?”
Aku terus terduduk bila mata kami bertembung untuk sekian lamanya.  Tanpa aku sedari senyuman yang terlakar  pada wajah dia. Aku hanya memandang buku walhal mata aku langsung tidak dapat menangkap sepatah perkataan pun yang ada pada buku. Otak aku penuh dengan tanda Tanya sebab lelaki yang berhadapan dengan aku berada di sini.
Dia memperkenalkan dirinya
 “Assalamualaikum, semua. Saya adalah Pensyarah kelas kamu untuk course undang-undang. Nama saya ialah Muhammad Arash Fahmi. Kamu semua boleh panggil saya Encik Fahmi. Harap semua akan memberikan kerjasama dengan saya.”
 Sambil memberikan  senyuman. Aku hanya membuangkan pandangan ke arah luar, entah kenapa aku merasakan seperti tidak ada perasaan untuk memandang wajah dia walaupun untuk seketika. Aku terus letakkan kepala aku di atas meja dan pejamkan mata. Walaupun saat itu dia mengarahkan budak kelas aku untuk memperkenalkan diri. Untuk seketika aku terus terlelap, saatlah Ian, yang duduk disebelah aku memerangkap kawan baik aku di university, mengejutkan aku. Aku terpinga-pinga sekejap, dan terus Tanya dekat Ian
“Kenapa?”
Muka Ian macam nampak hantu sahaja. Dia menunjukkan kea rah depan, aku memalingkan wajah aku ke arah yang dia tunjukkan. Aku terus tersentak, sesungguhnya aku terlupa akan kewujudan dia. Arash memandang aku dengan pandangan yang sinis, dia berkata dengan sinis juga
“sekarang giliran awak untuk memperkenalkan diri, wahai cik yang suka tidur.”
Aku merasakan wajah aku sudah merah, tapi aku buat tidak tahu sahaja, buat seperti biasa bila aku terkantoi dengan pensyarah. Aku memberikan senyuman aku yang paling tidak ikhlas dan kata “maaf, maaf. Saya mengantuk sebab semalam tidak cukup tidur, saya kena memperkenalkan diri erk?” aku memberikan senyuman dekat Ian juga.
“Nama saya Ari, Arisha Farisha binti Armand, tinggal dekat Kuala Lumpur, umur 20 tahun. Hobi saya suka tidur dalam kelas kalau kelas tu bosan.” Aku menjawab dengan jawapan yang sederhana sarkastiknya. Kelas aku terus gempar dengan ketawa bila mendengar jawapan aku. Mesti mereka fikir, arisha suka cari pasal dengan pensyarah baru..  Aku hanya ketawa kecil bila Ian mencubit aku, aku terus duduk. Aku tengok Arash membuat muka begang, mungkin sebab aku kata kelas dia bosan. Aku duduk dan terus sambung tidur aku balik, tidak mempedulikan pandangan  mata Arash.
Bila Arash mengatakan yang kelas tamat, aku lah orang yang pertama yang mengangkat beg aku dan bersedia untuk melangkah keluar dari kelas. Belum sempat aku nak melangkah keluar dari kelas, aku terdengar nama aku dipanggil. Aku terus berpaling, rupa-rupanya Arash yang memanggil nama aku. Aku cuma mengeluh, aku fikir sudah berapa lama agaknya aku tidak mendengar nama aku dipanggil oleh suara dia.
“ada apa yang boleh saya bantu, Encik Arash Fahmi?”
“memandangkan saya rasa awak yang paling unik dan sesuai untuk membantu saya, boleh awak bantu saya, Cik Suka Tidur ?”
Aku memberikan jelingan tajam, yang pastinya aku tidak mahu budak sekelas yang lain, mengetahui apa yang sebenarnya yang berada di dalam kepala aku. Aku matikan jelingan aku dan memberikan senyuman kecil untuk menandakan aku menjawab permintan dia. Aku terus duduk di meja berdekatan dengan pintu. Ian menciut aku, aku berkata
“kau gerak lah dulu, apa-apa hal aku mesej erk. Aku tak lunch rasanya.”
“Ok. Kenapa tak nak makan pula? Kau diet ke?”
Aku Cuma ketawa kecil sambil menumbuk perlahan bahu dia “ apa hal la pula aku nak diet. Aku rasa badan aku ni sudah cukup kurus. Kalau diet lagi, aku rasa sudah jadi jerangkung aku rasa.” Dia terus ketawa besar sambil mengusap kepala aku. Aku berdegus bila dia main rambut aku seperti biasa. Aku terus tolak dia dan mengarah dia untuk pergi cepat. Tanpa aku sedari ada mata yang memandang dengan pandangan tidak puas hati.
“Tolong angkat buku ni dan jom.” Nada yang seperti di tahan-tahan.
Aku terus mengangkat buku yang dihulurkan dan mengikut langkah yang diayunkan oleh Arash. Daripada belakang aku memandang bentuk badan, rasanya semakin besar berbanding waktu kali terakhir aku melihat dia daripada belakang.
5 tahun lepas
Aku sedang bersedia untuk mengambil peperiksaan PMR,  Arash adalah pelajar tahun kedua di UiTM yang sedang bercuti semester. Arash juga adalah kawan abang Aris, abang long aku , yang juga belajar di tempat yang sama. Aku, Abang Aris dan Arash, kami bertiga sering bersama-sama dari kecil lagi. Walaupun aku berbeza lima tahun dari mereka, tapi Abang Aris dan Arash sering bermain dan mengajar aku.
Tanpa aku sedari bila mereka masuk universiti , aku mula merindui mereka. Aku juga sedar yang perasaan aku terhadap Arash masa tu berbeza dengan perasaan aku terhadap Abang Aris. Perasaan aku adalah perasaan suka daripada seorang gadis kepada seorang lelaki. Tetapi bila Arash membawa teman wanita dia balik rumah, aku merasakan sangat terluka. Aku merasakan aku tidak mampu untuk berdepan dengan dia seperti mana aku kecil dulu.
Saat daripada Arash membawa teman wanita dia, aku  terus mengelakkan diri daripada berjumpa dengan dia. Aku akan sentiasa belajar di rumah kawan aku, atau berjalan-jalan keluar bila dapat tahu yang dia akan bertandang di rumah aku.
Abang Aris sering bertanya kepada aku, kenapa aku sejak-sejak akhir ni, aku tidak berjumpa dengan Arash. Mama dan Papa juga pelik bila aku yang sering bersama-sama dengan Abang Aris dan Arash pada masa dulu, sekarang mula mengelakkan diri daripada bertemu dua muka dengan Arash. Aku tidak ingin siapa pun tahu tentang perasaan yang mulai berkembang mekar di dalam hati aku. Walaupun mama dan papa , mahupun abang Aris sekali pun.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Arash, walaupun tidak bertentang mata dengan dia, aku Cuma melihat belakang dia sahaja. Aku hanya mampu mengucapkan selamat tinggal disebalik bayang sahaja. Waktu itu adalah sebelum aku pergi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
5 tahun selepas itu…
Aku Cuma mampu mengeluh sahaja bila mengingat akan masa lalu. Aku tidak tahu jika perasaan aku masih lagi ada atau tidak. Arash perasaan bila aku mengeluh. Aku tidak tahu bila Arash berhenti, aku terus terlanggar dia.Aku tidak sedar yang kami telah sampai di depan bilik dia. Aku minta maaf dan terus mendongak ke atas, memandangkan dia sudah semakin tinggi berbanding dulu.
“kalau berjalan tu, kena tumpukan perhatian. Jangan asyik berangan sahaja. Masih lagi sama seperti dulu erk, Risya” kata Arash perlahan.
Aku tersentak bila mendengar kata-kata Arash. Aku terus menundukan kepala aku, aku merasakan darah aku naik terus ke muka. Rasa seperti udang terbakar, aku sedar yang perasaan aku masih lagi ada,  dan ia sedang kembali menyemai dengan suburnya bila Arash datang ke kelas aku tadi.
Aku rasa seperti ingin menangis sahaja. Aku terus berkata “kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Belum sempat aku untuk melangkah pergi, tangan aku ditarik ke dalam bilik. Badan aku juga terdorong ke arah yang sama. Seperti biasa kalau ada lelaki yang menyentuh aku, aku pasti menolak dia dengan kuatnya.
“apa kes ni pegang-pegang tangan aku ni. Kau fikir kau siapa?” aku jerit  tanpa pedulikan yang dia Arash mahupun pensyarah aku, terus tarik tangan aku balik. Belum sempat aku tarik tangan aku balik, Arash tolak aku ke pintu yang telah ditutup semasa masuk tadi. Dan tangan dia melekap di dinding aku berada di antaranya. Dia menghadang aku supaya aku tidak boleh lari.
Dia memandang aku dengan pandangan yang amat geram sekali. “Awak rasa saya ni siapa yang awak nak jerit-jerit macam budak lelaki yang awak kenal. Saya ni pensyarah awak tahu tak, lagi tua daripada awak.” Kata dia dengan sinisnya.
“Hello, kalau kau sedar yang kau ni pensyarah, please behaves as one. What the hell you think a lecturer will do something like this to his student?” aku berkata dengan sinisnya. Aku tidak mampu untuk memandang kea rah mata dia.  Aku masih tidak boleh menukar bahasa aku, aku jadi semakin sarkastik seperti dia.
“Kau ni semakin kurang di ajar erk. Kau berkawan dengan budak tak baik kew? Kenapa selama 5 tahun ni tidak berhubung dengan aku?” Tanya Arash dengan geramnya. Terus tukar panggilan sopan yang dia gunakan tadi.
“hello, jangan nak kutuk-kutuk kawan aku. Sama ada aku semakin kurang di ajar ke bukannya ada kena mengena dengan kau sekalipun. Tepilah . Kau nak orang salah faham ke?”
“biarlah, bukannya ada sesiapa yang nak salah faham pun.” Kata Arash sambil tersenyum sinis.
Aku terus tolak Arash ke depan, aku tak sanggup nak berdepan dengan mamat ni lagi. Aku rasa kalau aku berhadapan dengan dia lagi, rasanya boleh meletup jantung aku ni, nak tahan degupan jantung yang semakin kuat rentaknya. Aku tak nak Arash perasan akan degupan jantung aku ni apabila berhadapan dengan dia.
Arash ketawa kecil bila aku buat seperti itu, “ Kau ni sudah lama tak berjumpa makin pemalu pula. Nak tanya ni kenapa selama 5 tahun, langsung tak contact aku. Aku datang rumah kau pun langsung tak nak keluar berjumpa pun.” Dia mula pendekatan dia yang selalu yang dia gunakan bila aku mula mengelak untuk menjawab soalan.
“Well, macam yang kau cakap aku ni makin pemalu kan, itu yang kena kurangkan masa yang selalu dengan abang dan kau. Lagipun aku dah ada ramai kawan yang boleh untuk aku ajak keluar bermain, bukan dengan kau jew..” kata aku sambil menyilangkan tangan aku bila aku sedari yang aku tidak boleh mengelak daripada Arash lagi.
“tapi kau ni pemalu ke? Tengok tadi bukan main mesra lagi tu, siap main usap-usap kepala lagi, tak malu ke?” tanya Arash dengan sinis.
Aku tersentak bila dia cakap macam tu, aku Cuma berdiam kan diri. Tapi dalam hati aku menyumpah-nyumpah dia. Waktu dia bawa teman wanita dia balik rumah tu tidak ada pula aku bising, ini baru Ian usap kepala aku sudah bunyi macam mak nenek.
Arash pandang aku dengan pandangan yang tajam bila aku langsung tidak membalas apa-apa.
“Ian tu pakwe kau ke?”
Aku tersentak bila dia tanya soalan tu. Aku rasa macam nak hempuk saja kepala dia dengan buku-buku yang aku bawa tadi. Pastinya lebam kepala dia tak pun pening-pening lalat. Aku rasa nafas aku dah jadi tak  betul. Aku terus buka pintu dan terus jalan dengan laju. Arash memanggil-manggil nama aku, aku buat tidak tahu.
Aku berlari untuk balik ke bilik memandang aku tidak mempunyai kelas lagi, aku menelefon Ian dan katakan aku terus pulang ke bilik. Ian bising-bising bila aku tidak pergi makan

apa dihatiku, tidak seperti aku katakan

Hatiku sering membantah,
ku selalu ingin mengatakan tidak,
tadi lidahku tidak mampu meluahkan

apa yang hatiku inginkan,
mungkinkah kerna aku merasa gentar,
akan akibat yang bakal terjadi,
ataupun,
perasaan belas kerna tidak sampai hati,
tetapi yang pasti,
saat lidahku tidkak mampu berkata,
hanya anggukan dan gelengan,
menjadi jawapan untuk setiap persoalan.

i'm that kind a girl's

I'm kind a girl's that easily 
to fall's in love, 
but I'm a girl that really bad
making a very first step,
So,
I will just follow the flow that make me able
to stay beside him,
but when he pass me,
my heart's start to fell itch,
my tear's begin to roll down,
my smile's fade away,
for the same time passed,
I told myself that,
that he is not the one for me,
there someone in this
in this big world that are
truly destined to me,
and my smile begin to shining again


20.5.12

KuAt atau LeMAh kah????

aSSalamualaikum,,,, mesti korang pelik kan tgk title entri aku ni.. aku sebenarnya nak mengingatkan diri aku sendiri, so secara tak langsung aku post la kat sini sekali la kan.. Bak kata orang nak share ngan semua apa yang aku fikir....

apa yang aku maksudkan dengan KUAT @ LEMAH adalah IMAN yang kita, semua miliki.. aku sebenarnya takut bila aku tidak dapat rasa takut yang amat sangat bila memikirkan kekuasaan-nya, aku fikir aku takut tapi aku tidak ambil tindakan untuk menunjukan aku takut akan kekuasaan-NYA..

Kita tahu yang iman memang dimiliki oleh semua orang malah malaikat mahupun syaitan juga memilikinya tapi yang membeza kita semua adalah ketinggian iman...

yang semua telah tahu yang malaikat memiliki iman yang tinggi dan stabil, manakala syaitan pula punyai iman yang sangat rendah yang ingin membawa umat manusia untuk turut setaraf dengan mereka.....

untuk manusia pula, iman yang kita miliki boleh menjadi lebih tinggi daripada iman yang dimiliki oleh  malaikat sekalipun tetapi kita juga boleh memiliki yang jauh lebih rendah daripada syaitan laknatullah...

aku sebenarnya takut kerana aku pasti aku tidak miliki iman yang tinggi... aku takut akan seksaan yang bakal dihadapi.. tapi aku tidak buat apa-apa untuk mengelakan perkara itu..

ada beberapa cara yang aku ingat untuk tingkatkan iman....
>beriman kpd ALLAH
>khusyuk ketika 'dating' dengan DIA
>bersedekah
>buat baik

ok la smpi sini saja lah.. aku pun tak tahu nak taip apa lagi...  gud day.. gud nite

ASSAlammualaiku...

p/s kalo korang ada advice, tinggalkan komen erk.. sgt hargai..

19.5.12

SaNtaI.... BoSAn...

assalamualaikum.. lama aku tak mencoretkan kisah aku dlm blog ni...
sebelum ni aku just postkan novel inggeris yang aku try untuk translatekan ke bahasa melayu... tp macam biasalah separuh jalan... hihihihihihh






hari ni sabtu takde apa pun yang special aku just dok umah... kemas sambil bantu adik aku la... then tidur.. hihiihhi


17.5.12

RED RIDING HOOD by Sarah blakley

PADA SUATU MASA DAHULU

ADA SEORANG ADIS............

DAN SEEKOR SERIGALA JADIAN........

BAB 1


Daripada puncak pokok, seorang budak perempuan dapat melihat pemandangan di sekeliling.  Keadaan sunyi Kampung Daggorhorn yang terletak di balik lembah. Daripada pandangan atas, ia kelihatan seperti tanah asing yang sangat jauh. Tempat yang dia langsung tidak tahu apa-apa, tempat yang tidak mempunyai perancangan, tempat yang dimana ketakutakan tidak berlegar di sekeliling seperti ibu bapa yang kerisauan.

Berada tempat yang begitu tinggi di udara membuatkan Valarie merasakan seperti dirinya boleh menjadi orang lain juga. Dia boleh menjadi seekor haiwann seperti helang yang tenang dengan self survival, sombong dan jauh daripada orang.

Walaupun di umur 7 tahun, Valerie tahu yang dirinya berbeza daripada orang-orang kampung. Dia tidak boleh mengekalkan jarak di antara mereka, walaupun sahabatnya, yang bebas dan hebat. Kakaknya, Lucie adalah orang yang Valerie merasakan dunia mereka bersambung. Dia dan Lucie seperti 2 lirik yang dipusingkan bersama di dalam sebuah lagu lama yang dinyanyikan oleh penduduk kampung.

15.5.12

segmen : Saya Blogger HOT !!!!!


Syarat penyertaan :

1. Mestilah seorang blogger. - 
2. Follow blog Chegu Along. (wajib)
3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)
4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni.


Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah









9.5.12

TaKdIr atau TuAh ??????

assalamualaikum.. pe kabor semua?? hhhuuuaaarrrgggghhhhh.. hihihi sebenarnya aku mengantuk sekarang ni... ttp apapun aku still rasa nak update blog ni...

Apa yang korang rasa di antara takdir dengan tuah...? Kalau seseorang yang sering mempunyai nasib yang baik korang stuju tak yang itu memang takdir dia yang telah ditetapkan  oleh Allah atau tuah semata-mata??

Aku tiba-tiba terfikir semasa dalam bas tadi yang aku sering dapat apa yang aku nak, cuma yang bezanya adalah masa dan caranya.. Kekadang keadaan juga sering menyebelahi ku..

maksud aku semalam onway balik keje, aku naik ktm berhenti dekat stesen batu caves( kalau sesiapa yang duduk dekat-dekat situ pasti tahu yang situ kawasan orang india dan tempat tu memang sunyi .. ) sementara aku tunggu papa aku ambil dekat situ, aku macam biasa lah layan lagu dengan earphone sambil baca novel...

Bila sampai rumah papa cakap yang masa aku tengah dok layan 'blues' ada sorang india ni dia dok dekat dengan aku, perhatikan aku.. macam dia nak samun aku kot.. dan nasib baik.. alhamdulillah aku tak kena , kalau kena tak tahu la nak cakap apa...  ntah-ntah aku pasti meraung  kat situ...

hihihih... walaupun aku dah berumur 20, aku still rasa macam budak-budak..  kawan-kawan aku pun sering kata kat aku macam tu.. ye la mana tak nya kalau orang cakap aku sering jew tersengih-sengih..



eeehhh.. da mengarut pula da aku pergi.... apa yang aku sering tertanya adalah adakah aku ni memang budak bertuah tapi nak kata aku bertuah tak la kowt.. macam pagi tadi aku naik bas yang menyebabkan aku terlewat untuk datang kerja...



Takdir?? aku pun tak tahu la... takdir yang memang telah tersurat di lohz mahfuz.. apa yang terjadi..
tapi terdapat-dapat kata yang menyatakan..

'tiada siapa dapat mengubah hidupnya, melainkan dirinya'


macam mana pula dikatakan takdir itu telah ditetapkan...

ASTARGFIRULLAHHALAZIM!!!!!....

bukan niat aku untuk persoalkan tpi kekadang itu aku tertanya pada diri aku sendiri.... Aku sedar yang takdir kita mmng telah ditetapkan untuk diri kita oleh Allah cuma kita yang tidak pasti takdir apa yang sedang menanti kita kerana kita hanyalah hamba Allah.. tidak mengetahui lebih daripada yang ingin diingin oleh Allah....

okeyl a nak tidor la ngantok...

Assalamualaikum..... ^_^



6.5.12


Assalamualaikum.. apa khabar semua... korang sihat tak? aku? alhamdulillah.. masih lagi sihat.. aku nak tanya erk dengan korang semua... apa perasaan korang tiba-tiba berada di dalam kalangan yang sangat berbeza dengan diri korang.. macam BAD VS GOOD atau pun SIANG vs MALAM...

Aku da lama tak update blog ni kan, jadi aku nak beritahu la sementara menunggu semester akan datang.. aku cari kerja la.. untuk sebulan yang pertamanya aku cuma duduk rumahlah sambil-sambil untuk cari kerja tapi tahu la kan bukan ramai orang atau kedai yang nak ambil orang untuk sementara sahaja. Akhirnya aku minta adik saudara aku untuk mencarikan kerja dekat tempat dia, memandangkan aku dapat tahu dari mak yang dia dah ada kerja rightaway daripada kerja dia sebelum masuk universiti....

Aku dapat la kerja tu, service di cafe, branch tok RESIDENCE HOTEL, di bangunan HSBC, di masjid jamek... untuk pertama kali aku jejak kaki kat situ, rasa tidak selesa la.. ye la kan first time kita datang kat tempat tu ..  aku ni nak kata budak baik tak la baik sangat kan.. biasa-biasa je la..

Nak dijadikan cerita la kan..  setelah hampir 2 ke 3 minggu aku kerja dekat situ aku dah boleh sesuaikan diri kat situ.. tapi aku sebenarnya kurang berkenan sangat kerja kat situ sebab, kebanyakan co-workers aku adalah lelaki dan mereka boleh dikatakan tak pergi sembahyang jumaat la.. jadi aku rasa kurang selesa la..




ada suatu hari tu, hari jumaat lepas la.. aku mendesak la pada salah sorang dari dorng.. kenapa tak pergi sembahyang jumaat? dia kata walaupun dia sembahyang, belum tentu sembahyang dia diterima... aku jadi keliru la kan... aku tnya dia kenapa pula?

nak tahu tak apa dia cakap.... Dia cakap yang dia minum... 'MINUM AIR KENCING SETAN' aku dah tak tahu nak cakap apa.. aku benar-benar tersentak la...tapi aku cuba tenangla.. tak nak dia terasa...
since dari tu aku rasa tak berapa selesa dengan dia...  dan lagi yang buatkan aku rasa tak selesa dengan dia ialah dia mula sentuh-sentuh aku.. kejap kat kepala.. biasanya kat kepala .. kat bahu la..

kekadang aku rasa selasa tapi  aku takot la.. ye la bukan muhrimkan mana boleh sesuka hati nak sentuh orng.. walau bagaimana selesanya aku.. takkan la aku nak biarkan  betul tak.. aku masih tahu lagi dosa pahala.....

itu la cerita aku... yang menjadi persoalannya.. apa yang perlu dilakukan untuk kita tidak terjebak dengan perkara yang berada di luar jangkauan kita... ? supaya kita tidak dikatakan culture shock?

Apa yang boleh aku katakan la ... kita kena tetapkan iman supaya tidak tergoyah bila di uji...
kita kena bertenang dan berfikir dengan logiknya... mana boleh main ikut perasaan jew...

okey la.. aku da tak tahu nak cakap apa lagi.. esok pown nak keje pagi.. doa kan aku erk agar aku dapt kekalkan diri aku tanpa berubah menjadi yang lebih teruk...

assalamualaikum