2.12.13

apa ada dalam hati

Assalamualaikum.. apa khabar suma? tetapi bila difikirkan balik tiada sapa yang datang melawat blog aku ini... Hari ini aku akan menggunakan bahasa melayu yang betul. huuhu aku tak tahu apa nak jadi dalam kepala otak aku sebenarnya.

Baiklah kita terus ke tajuk utama kenapa aku tiba-tiba terbuka hati untuk menulis.. oopps salah bukan menulis tapi menaip blog.. aku sebenarnya berada di dalam persimpangan, kekeliruan dan kebosanan yang amat sangat. aku merasakan hidup aku ini seperti sebuah anak patung yang mengikut kehendak sekeliling. tetapi kalau diikutkan persekitaran aku, mereka akan cakap yang aku ikut dunia aku sendiri. Hhahah

mesti tidak faham, bukan? Ini kerana aku juga tidak faham dengan keadaan aku. Aku hidup dalam dunia aku, aku tidak berani untuk melangkah jauh dari dunia aku.. kalau aku gambarkan, aku umpama berada di tengah lautan diatas bot yang kecil, untuk menyelam melihat sesuatu aku akan mengikat diri aku dengan tali supaya aku tidak terpisah jauh daripada bot. Walaupun aku mempunya kawan-kawan yang boleh menemani aku tetapi aku lebih suka untuk memilih duduk didalam bot itu.

hahaahah.. rasa-rasanya fikiran aku sudah jauh melayang sehingga aku merapu yang bukan-bukan.
Aku tidak pandai untuk berbicara dengan seseorang yang aku tidak biasa tetapi pada masa yang sama aku seorang yang senang percaya akan seseorang. dan bila aku mula mempercayakan orang dan mula membiasakan diri aku, Aku pasti senang membuka bicara. kadang kala aku pasti terkeluar bicara yang sepatutnya menjadi rahsia sahaja. Kadang Kala aku merasakan aku berbicara seperti itu hanyalah untuk menarik perhatian sahaja. Aku senang bila orang tersenyum bila mendengar bicara aku, aku benci bila ada yang mempersoal yang lebih-lebih tetapi aku lebih suka berdiam diri.

Aku tidak ingin mengeruhkan keadaan. Aku benci akan pergaduhan, benci mendengar kata-kata yang kurang sopan. Aku takut akan pandangan orang terhadap aku. Aku takut jika orang tidak menyukai aku. tetapi bila ada masanya, bila aku tidak terfikir akan apa-apa atau aku berada di dalam keadaan yang 'high' aku sering kali menyemburkan apa yang ada dalam hati aku. Belum sempat aku tapis dia sudah keluar dulu. Lupa nak cakap yang aku ni sebenarnya seorang yang mungkin tapi tidak tahu la kan, yang menjaga perasaan orang. aku tidak pandai untuk meluahkan rasa sebenarnya dan aku juga seorang yang pelupa.

Dan malam ini aku mula menyedari yang aku tidak punyai motivasi yang boleh membuat aku untuk sentiasa maju ke hadapan. Aku tidak berani untuk mengambil langkah yang besaar dan tetap. Aku cuba membuat langkah yang kecil dan tetap tetapi aku tidak mampu. kadang kala aku merasa benci dengan diri aku yang tidak punya cita-cita yang sebenarnya.

Aku berada di dalam kekeliruan. aku takut akan diri aku yang umpama layang-layang terputus talinya. aku tahu jalan apa yang ada di depan mata aku yang aku boleh ambil untuk mengubah diri aku tetapi aku takut untuk mengambil tindakan yang aku tidak pasti akan kejayaan.

4.10.13

REAL TRANSLATOR JOB???????

Assalamualaikum.. hye.. i thing long time i didn't update my blog..

I dont know how I can be this stupid.. People already said don't be to greedy and always keep your promise but it seem that because i already done something that i shouldn't do.. i already waste my money because of this website REAL TRANSLATOR JOB.. i thought i can get an job if i paid. because of some mistake i done think i will get the money back.. argh.. this is a scam or not.. I dont know if it not worked out because of my stupidy on internet or website or computer.. but deep inside my heart i scream said.

"AYA YOU'RE ARE SO STUPID.. YOU WASTE RM200 ON THE SOMETHING THAT YOU NEVER BELIEVE OR GOOD. YOU'RE SUCH A MORON, NAIVE GIRLS"

i never knew that i can be this stupid and my eye start to teary remembering it.

Just hope i can stop all the scam that will give bad influence to other. i hope i wish i have a friend that good enough to taught me about internet, online.. in other word computer

5.9.13

first day for work..

assalamualaikum.. lama gila aku tak singgah dekat blog ni an.. hahah. busy ke tak la tp laptop aku yang lama da rosak so nak menambah koleksi view blog ni macam malas.. aku mula tulis ni pon sebab waktu sekarang pukul 5.30 dan kejap lagi aku nak kena pegi keje as human resource assistant.. first time keje ofis an., tu yg takot tu..

ok la aku nak summary an skit apa yang aku buat selepas aku habis an aku punya diploma pada awal april 2013 ni...
1. untuk sebulan aku duduk rumah buat bodoh, makan, tidor, kemas umah, main laptop.. smpai la laptop aku meletop tu..  hihihihi tu yang laptop aku rosak.. 24 jam aku pakai.. suma bising kawan ke mak ke suma la.. kata aku ni gedik tak reti nak jaga laptop... mmeng pandai pon kan lp lama  aku tu..

2. bila lp aku da masok hospital. tak boleh nak diselamatkan selagi x de ongkosnya,, so aku dapat la keje dalm awal bulan 5.. aku keje dekat 7Eleven je la dulu.. kak ngah aku kan stor manager dekat salah satu stor dekat sini,, so amek la peluang ,, peluang erk bukan kesempatan..l hhuhihihih

3. tup tap tup tap.. selama aku keje tok 3 bulan ni,. dapat la aku balon hset baru, laptop baru(memandngkan lptop lama kalo nak repair rasa mcm tak berbaloi so beli baru la an..) n bagi duit raya dekat family aku yang terdekat la an... hihihi

(selama tiga bulan keje ni rasa pelbagai ragam yang aku tak penah jumpa dekat u dulu.. ye la an aku ni kera sumbang,, hahah// aku jumpa girl ex-coworker aku 7e tu la an.. dia seorng yg cantik.. aku cemburu jga la kat dia.. tp mcm aku juga dia ada kekurangan dia.. dia manja natural, dia baik kowt dengan aku la an,,, tp dulu masa dia skolah dulu dia setan.. bab kata dia la.. aku tak fikir la camtu.. hiuhih/. pegi kelab., mulut boleh tahan,, tp sekarng walaupon dia sekarang tak la alim mana tp aku still respect dia sebab dia boleh berubah from that point to other point of life..  hahha aku cemburu sebb dia buat apa yang dia nak buat.. tak macam aku ni yang tak berani nak amik tindakan yang aku tak tahu akan kesan dan akibatnya.. aku an penakot huhuhuh,, aku jumpa adik la  pompuam.. walaupun dia baik dengan aku, tapi kekadang dia terbuat mak dia menangis,, aku tak tahu la aku penah ke tidak buat mak aku menangis tapi yang pasti aku janji pada diri aku sendiri untuk tidak buat mak menanigs,..

4. sekarang.. for this ,moment untuk beberapa jam lagi aku akan mulakan keje aku sebangai pembantu sumber manusia a.k.a HR ASSISTANT..  yang ni aku tak tahu lagi mcm mana cabaran nye,, sebb mula pon dak lagi an.. huhuhuh,, sekarang ni pukul 6 debaran untuk keje yang baru ni da mula terasa.. dan mata ku pon da mula ngantok balek.. ahahaha... aku nervous smpi tido pon tak lena.. asyik terjaga2 je...