2.12.13

apa ada dalam hati

Assalamualaikum.. apa khabar suma? tetapi bila difikirkan balik tiada sapa yang datang melawat blog aku ini... Hari ini aku akan menggunakan bahasa melayu yang betul. huuhu aku tak tahu apa nak jadi dalam kepala otak aku sebenarnya.

Baiklah kita terus ke tajuk utama kenapa aku tiba-tiba terbuka hati untuk menulis.. oopps salah bukan menulis tapi menaip blog.. aku sebenarnya berada di dalam persimpangan, kekeliruan dan kebosanan yang amat sangat. aku merasakan hidup aku ini seperti sebuah anak patung yang mengikut kehendak sekeliling. tetapi kalau diikutkan persekitaran aku, mereka akan cakap yang aku ikut dunia aku sendiri. Hhahah

mesti tidak faham, bukan? Ini kerana aku juga tidak faham dengan keadaan aku. Aku hidup dalam dunia aku, aku tidak berani untuk melangkah jauh dari dunia aku.. kalau aku gambarkan, aku umpama berada di tengah lautan diatas bot yang kecil, untuk menyelam melihat sesuatu aku akan mengikat diri aku dengan tali supaya aku tidak terpisah jauh daripada bot. Walaupun aku mempunya kawan-kawan yang boleh menemani aku tetapi aku lebih suka untuk memilih duduk didalam bot itu.

hahaahah.. rasa-rasanya fikiran aku sudah jauh melayang sehingga aku merapu yang bukan-bukan.
Aku tidak pandai untuk berbicara dengan seseorang yang aku tidak biasa tetapi pada masa yang sama aku seorang yang senang percaya akan seseorang. dan bila aku mula mempercayakan orang dan mula membiasakan diri aku, Aku pasti senang membuka bicara. kadang kala aku pasti terkeluar bicara yang sepatutnya menjadi rahsia sahaja. Kadang Kala aku merasakan aku berbicara seperti itu hanyalah untuk menarik perhatian sahaja. Aku senang bila orang tersenyum bila mendengar bicara aku, aku benci bila ada yang mempersoal yang lebih-lebih tetapi aku lebih suka berdiam diri.

Aku tidak ingin mengeruhkan keadaan. Aku benci akan pergaduhan, benci mendengar kata-kata yang kurang sopan. Aku takut akan pandangan orang terhadap aku. Aku takut jika orang tidak menyukai aku. tetapi bila ada masanya, bila aku tidak terfikir akan apa-apa atau aku berada di dalam keadaan yang 'high' aku sering kali menyemburkan apa yang ada dalam hati aku. Belum sempat aku tapis dia sudah keluar dulu. Lupa nak cakap yang aku ni sebenarnya seorang yang mungkin tapi tidak tahu la kan, yang menjaga perasaan orang. aku tidak pandai untuk meluahkan rasa sebenarnya dan aku juga seorang yang pelupa.

Dan malam ini aku mula menyedari yang aku tidak punyai motivasi yang boleh membuat aku untuk sentiasa maju ke hadapan. Aku tidak berani untuk mengambil langkah yang besaar dan tetap. Aku cuba membuat langkah yang kecil dan tetap tetapi aku tidak mampu. kadang kala aku merasa benci dengan diri aku yang tidak punya cita-cita yang sebenarnya.

Aku berada di dalam kekeliruan. aku takut akan diri aku yang umpama layang-layang terputus talinya. aku tahu jalan apa yang ada di depan mata aku yang aku boleh ambil untuk mengubah diri aku tetapi aku takut untuk mengambil tindakan yang aku tidak pasti akan kejayaan.