22.1.11

Hari ini merupakan hari yang aku benar-benar tidak sangka. Aku sangkakan aku tidak akan berjumpa lagi dengan dia. Lelaki yang benar-benar telah merobek, mematahkan dan memecahkan perasaan aku. Aku jadi tidak percaya kepada lelaki selepas kejadian itu.

10 tahun lepas

Aku rasa berdebar-debar selepas menerima balasan surat daripada orang yang aku suka. Aku rasa resah, gelisah, dan takut. Aku tidak tahu macam mane reaksi dia bila menerima surat dari aku. Aku tidak kisah kalau dia nak reject aku tapi aku tidak sangka dia akan membalas surat aku dan minta untuk berjumpa.  Sambil menunggu dia aku baca komik yang aku baru sahaja beli. Untuk menghilangkan rasa  gemuruh yang melanda di dalam hati ini. Tiba-tiba aku terdengar derap kasut. Aku terus pusingkan badan aku sambil menyorok komik yang aku baca. Aku terkejut gila bila dia berada betul-betul di belakang aku.
Dia memandang ke arah aku sambil memeluk tubuh dia. Aku merasa tidak selesa kerana dia seperti terpaksa untuk datang berjumpa dengan aku but in the same time aku rasa dia seperti merancang sesuatu yang tidak dijangkakan. Dia mendengus dan berkata
"Kau ke budak yang hantar surat cinta ni? kau memang tak sedar dirikan" aku benar-benar tersentap dengan apa yang dia katakan. Aku benar-benar tidak sangka dia orang tidak tahu menjaga perasaan aku. aku jawab dengan sambil tersedu-sedan menahan air mata dari keluar
"Apa maksud awak? saya tak kisah pun kalau awak nak reject saya tapi janganlah kata yang teruk macam itu"  aku tersedu-sedu. Dia  terus ketawa terbahak-bahak kemudian muncul beberapa orang sambil ketawa yang aku pasti rakan-rakan dia. Aku jadi malu kerana aku ditolak di hadapan mereka. "Apa maksud awak yang saya tak sedar diri?" tanya aku tersekat-sekat

No comments: