ASSALAMUALAIKUM... rindunya saya kat blog ni.. lama tak update.. pernah tak antara korang yang alami atau pernah tengok seseorang atau budak yang mengalami masalah untuk mengeja dan menulis tetapi memiliki bakat yang amat bernilai...
Kebiasaannya kita tidak sedar akan kewujudan golongan ini, kebiasaan mereka akan digelar pemalas, nakal, tidak pandai dan lain-lain... Bila kita membuat golongan yang istimewa ini seperti itu, bakat mereka yang terpendam terus terpendam dan kemungkinan terpadam dalam diri mereka...
Terdapat kisah hindustan yang saya tengok.. tajuk dia 'TAARE ZAMEN PAR' yang juga membawa maksud 'bintang-bintang di bumi' @ stars on earth....
Cerita ini mengisahkan seorang budak berumur 8 tahun yang bernama Ishaan yang memikirkan tentang dunianyayang tiada siapa pedulikan langsung atau hargai.... ; ikan, warna, kucing, layang-layang yang tidak penting kepada dunia orang dewasa kecuali terhadap kerja sekolah, markah ujian dan ... Ishaan tidak dapat faham dan tidak membuat apa yang betul di dalam kelas....
Bila dia terlibat dalam masalah yang ibu bapa Ishaan pun tidak dapat uruskan, Ishaan di hantar ke sekolah berasrama sebagai satu hukuman dan untuk 'didisiplinkan'. Di sekolah baru Ishaan, keadaanya masih juga sama.. Guru-gurunya tidak memahami Ishaan sebaliknya sering mengherdik dan memarahi Ishaan. Tambah lagi tekanan daripada perpisahan dengan keluarganya membuatkan diri Ishaan tertekan sehingga dia berputus asa...
Suatu ada seorang guru seni baru yang hadir di kelas Ishaan, iaitu Ram Shankar Nikumbh, Cikgu Ram mendekat dirinya dengan pelajar-pelajar menggunakan cara yang seronok dan optimis. Dia melanggar peraturan yang mengatakan 'bagaimana cara yang harus dilaku' dengan membuatkan pelajar-pelajar memikir, bermimpi dan membayangkan sesuatu dan mereka semua memberikan reaksi yang meransangkan dan menyeronokan kecuali Ishaan.
Kemudiannya Cikgu Ram menyedari yang Ishaan sedang tidak gembira dan dia pergi mencari sebab dan musabab kenapa Ishaan tidak bergembira... Dengan kesabaran, masa dan kasih sayang, Cikgu Ram membantu Ishaan untuk mencari diri Ishaan.
Akhirnya, dengan bantuan Cikgu Ram, guru-guru dan ibu bapa Ishaan mula memahami dengan keadaan Ishaan. Ishaan merasa gembira bahawa bakatnya mula terserlah dengan perlahannya...
Kita kena sedar yang setiap orang di dunia ini ada keistimewaan masing-masing.. di mana ianya berbeza-beza di antara semua orang....
seperti Ishaan yang dia kekurangan dalam membaca dan menulis, dia mampu untuk melukis dengan cantik.....
Kita sepatutnya membantu orang, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang istimewa ini agar mereka mampu untuk hidup berdiri sama taraf dengan orang normal di dunia yang tidak tahu arah tujunya.....
No comments:
Post a Comment