27.5.12

bila semalam .....


Tangan aku menjadi lemah, buku yang dipegang terus terjatuh mata aku masih lagi memandang ke hadapan. Aku benar-benar tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Aku terus duduk bila  dia memandang aku dengan senyuman dia yang biasa. Difikiran aku hanya terlintas
“What the heck that guy doing here?”
Aku terus terduduk bila mata kami bertembung untuk sekian lamanya.  Tanpa aku sedari senyuman yang terlakar  pada wajah dia. Aku hanya memandang buku walhal mata aku langsung tidak dapat menangkap sepatah perkataan pun yang ada pada buku. Otak aku penuh dengan tanda Tanya sebab lelaki yang berhadapan dengan aku berada di sini.
Dia memperkenalkan dirinya
 “Assalamualaikum, semua. Saya adalah Pensyarah kelas kamu untuk course undang-undang. Nama saya ialah Muhammad Arash Fahmi. Kamu semua boleh panggil saya Encik Fahmi. Harap semua akan memberikan kerjasama dengan saya.”
 Sambil memberikan  senyuman. Aku hanya membuangkan pandangan ke arah luar, entah kenapa aku merasakan seperti tidak ada perasaan untuk memandang wajah dia walaupun untuk seketika. Aku terus letakkan kepala aku di atas meja dan pejamkan mata. Walaupun saat itu dia mengarahkan budak kelas aku untuk memperkenalkan diri. Untuk seketika aku terus terlelap, saatlah Ian, yang duduk disebelah aku memerangkap kawan baik aku di university, mengejutkan aku. Aku terpinga-pinga sekejap, dan terus Tanya dekat Ian
“Kenapa?”
Muka Ian macam nampak hantu sahaja. Dia menunjukkan kea rah depan, aku memalingkan wajah aku ke arah yang dia tunjukkan. Aku terus tersentak, sesungguhnya aku terlupa akan kewujudan dia. Arash memandang aku dengan pandangan yang sinis, dia berkata dengan sinis juga
“sekarang giliran awak untuk memperkenalkan diri, wahai cik yang suka tidur.”
Aku merasakan wajah aku sudah merah, tapi aku buat tidak tahu sahaja, buat seperti biasa bila aku terkantoi dengan pensyarah. Aku memberikan senyuman aku yang paling tidak ikhlas dan kata “maaf, maaf. Saya mengantuk sebab semalam tidak cukup tidur, saya kena memperkenalkan diri erk?” aku memberikan senyuman dekat Ian juga.
“Nama saya Ari, Arisha Farisha binti Armand, tinggal dekat Kuala Lumpur, umur 20 tahun. Hobi saya suka tidur dalam kelas kalau kelas tu bosan.” Aku menjawab dengan jawapan yang sederhana sarkastiknya. Kelas aku terus gempar dengan ketawa bila mendengar jawapan aku. Mesti mereka fikir, arisha suka cari pasal dengan pensyarah baru..  Aku hanya ketawa kecil bila Ian mencubit aku, aku terus duduk. Aku tengok Arash membuat muka begang, mungkin sebab aku kata kelas dia bosan. Aku duduk dan terus sambung tidur aku balik, tidak mempedulikan pandangan  mata Arash.
Bila Arash mengatakan yang kelas tamat, aku lah orang yang pertama yang mengangkat beg aku dan bersedia untuk melangkah keluar dari kelas. Belum sempat aku nak melangkah keluar dari kelas, aku terdengar nama aku dipanggil. Aku terus berpaling, rupa-rupanya Arash yang memanggil nama aku. Aku cuma mengeluh, aku fikir sudah berapa lama agaknya aku tidak mendengar nama aku dipanggil oleh suara dia.
“ada apa yang boleh saya bantu, Encik Arash Fahmi?”
“memandangkan saya rasa awak yang paling unik dan sesuai untuk membantu saya, boleh awak bantu saya, Cik Suka Tidur ?”
Aku memberikan jelingan tajam, yang pastinya aku tidak mahu budak sekelas yang lain, mengetahui apa yang sebenarnya yang berada di dalam kepala aku. Aku matikan jelingan aku dan memberikan senyuman kecil untuk menandakan aku menjawab permintan dia. Aku terus duduk di meja berdekatan dengan pintu. Ian menciut aku, aku berkata
“kau gerak lah dulu, apa-apa hal aku mesej erk. Aku tak lunch rasanya.”
“Ok. Kenapa tak nak makan pula? Kau diet ke?”
Aku Cuma ketawa kecil sambil menumbuk perlahan bahu dia “ apa hal la pula aku nak diet. Aku rasa badan aku ni sudah cukup kurus. Kalau diet lagi, aku rasa sudah jadi jerangkung aku rasa.” Dia terus ketawa besar sambil mengusap kepala aku. Aku berdegus bila dia main rambut aku seperti biasa. Aku terus tolak dia dan mengarah dia untuk pergi cepat. Tanpa aku sedari ada mata yang memandang dengan pandangan tidak puas hati.
“Tolong angkat buku ni dan jom.” Nada yang seperti di tahan-tahan.
Aku terus mengangkat buku yang dihulurkan dan mengikut langkah yang diayunkan oleh Arash. Daripada belakang aku memandang bentuk badan, rasanya semakin besar berbanding waktu kali terakhir aku melihat dia daripada belakang.
5 tahun lepas
Aku sedang bersedia untuk mengambil peperiksaan PMR,  Arash adalah pelajar tahun kedua di UiTM yang sedang bercuti semester. Arash juga adalah kawan abang Aris, abang long aku , yang juga belajar di tempat yang sama. Aku, Abang Aris dan Arash, kami bertiga sering bersama-sama dari kecil lagi. Walaupun aku berbeza lima tahun dari mereka, tapi Abang Aris dan Arash sering bermain dan mengajar aku.
Tanpa aku sedari bila mereka masuk universiti , aku mula merindui mereka. Aku juga sedar yang perasaan aku terhadap Arash masa tu berbeza dengan perasaan aku terhadap Abang Aris. Perasaan aku adalah perasaan suka daripada seorang gadis kepada seorang lelaki. Tetapi bila Arash membawa teman wanita dia balik rumah, aku merasakan sangat terluka. Aku merasakan aku tidak mampu untuk berdepan dengan dia seperti mana aku kecil dulu.
Saat daripada Arash membawa teman wanita dia, aku  terus mengelakkan diri daripada berjumpa dengan dia. Aku akan sentiasa belajar di rumah kawan aku, atau berjalan-jalan keluar bila dapat tahu yang dia akan bertandang di rumah aku.
Abang Aris sering bertanya kepada aku, kenapa aku sejak-sejak akhir ni, aku tidak berjumpa dengan Arash. Mama dan Papa juga pelik bila aku yang sering bersama-sama dengan Abang Aris dan Arash pada masa dulu, sekarang mula mengelakkan diri daripada bertemu dua muka dengan Arash. Aku tidak ingin siapa pun tahu tentang perasaan yang mulai berkembang mekar di dalam hati aku. Walaupun mama dan papa , mahupun abang Aris sekali pun.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Arash, walaupun tidak bertentang mata dengan dia, aku Cuma melihat belakang dia sahaja. Aku hanya mampu mengucapkan selamat tinggal disebalik bayang sahaja. Waktu itu adalah sebelum aku pergi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
5 tahun selepas itu…
Aku Cuma mampu mengeluh sahaja bila mengingat akan masa lalu. Aku tidak tahu jika perasaan aku masih lagi ada atau tidak. Arash perasaan bila aku mengeluh. Aku tidak tahu bila Arash berhenti, aku terus terlanggar dia.Aku tidak sedar yang kami telah sampai di depan bilik dia. Aku minta maaf dan terus mendongak ke atas, memandangkan dia sudah semakin tinggi berbanding dulu.
“kalau berjalan tu, kena tumpukan perhatian. Jangan asyik berangan sahaja. Masih lagi sama seperti dulu erk, Risya” kata Arash perlahan.
Aku tersentak bila mendengar kata-kata Arash. Aku terus menundukan kepala aku, aku merasakan darah aku naik terus ke muka. Rasa seperti udang terbakar, aku sedar yang perasaan aku masih lagi ada,  dan ia sedang kembali menyemai dengan suburnya bila Arash datang ke kelas aku tadi.
Aku rasa seperti ingin menangis sahaja. Aku terus berkata “kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Belum sempat aku untuk melangkah pergi, tangan aku ditarik ke dalam bilik. Badan aku juga terdorong ke arah yang sama. Seperti biasa kalau ada lelaki yang menyentuh aku, aku pasti menolak dia dengan kuatnya.
“apa kes ni pegang-pegang tangan aku ni. Kau fikir kau siapa?” aku jerit  tanpa pedulikan yang dia Arash mahupun pensyarah aku, terus tarik tangan aku balik. Belum sempat aku tarik tangan aku balik, Arash tolak aku ke pintu yang telah ditutup semasa masuk tadi. Dan tangan dia melekap di dinding aku berada di antaranya. Dia menghadang aku supaya aku tidak boleh lari.
Dia memandang aku dengan pandangan yang amat geram sekali. “Awak rasa saya ni siapa yang awak nak jerit-jerit macam budak lelaki yang awak kenal. Saya ni pensyarah awak tahu tak, lagi tua daripada awak.” Kata dia dengan sinisnya.
“Hello, kalau kau sedar yang kau ni pensyarah, please behaves as one. What the hell you think a lecturer will do something like this to his student?” aku berkata dengan sinisnya. Aku tidak mampu untuk memandang kea rah mata dia.  Aku masih tidak boleh menukar bahasa aku, aku jadi semakin sarkastik seperti dia.
“Kau ni semakin kurang di ajar erk. Kau berkawan dengan budak tak baik kew? Kenapa selama 5 tahun ni tidak berhubung dengan aku?” Tanya Arash dengan geramnya. Terus tukar panggilan sopan yang dia gunakan tadi.
“hello, jangan nak kutuk-kutuk kawan aku. Sama ada aku semakin kurang di ajar ke bukannya ada kena mengena dengan kau sekalipun. Tepilah . Kau nak orang salah faham ke?”
“biarlah, bukannya ada sesiapa yang nak salah faham pun.” Kata Arash sambil tersenyum sinis.
Aku terus tolak Arash ke depan, aku tak sanggup nak berdepan dengan mamat ni lagi. Aku rasa kalau aku berhadapan dengan dia lagi, rasanya boleh meletup jantung aku ni, nak tahan degupan jantung yang semakin kuat rentaknya. Aku tak nak Arash perasan akan degupan jantung aku ni apabila berhadapan dengan dia.
Arash ketawa kecil bila aku buat seperti itu, “ Kau ni sudah lama tak berjumpa makin pemalu pula. Nak tanya ni kenapa selama 5 tahun, langsung tak contact aku. Aku datang rumah kau pun langsung tak nak keluar berjumpa pun.” Dia mula pendekatan dia yang selalu yang dia gunakan bila aku mula mengelak untuk menjawab soalan.
“Well, macam yang kau cakap aku ni makin pemalu kan, itu yang kena kurangkan masa yang selalu dengan abang dan kau. Lagipun aku dah ada ramai kawan yang boleh untuk aku ajak keluar bermain, bukan dengan kau jew..” kata aku sambil menyilangkan tangan aku bila aku sedari yang aku tidak boleh mengelak daripada Arash lagi.
“tapi kau ni pemalu ke? Tengok tadi bukan main mesra lagi tu, siap main usap-usap kepala lagi, tak malu ke?” tanya Arash dengan sinis.
Aku tersentak bila dia cakap macam tu, aku Cuma berdiam kan diri. Tapi dalam hati aku menyumpah-nyumpah dia. Waktu dia bawa teman wanita dia balik rumah tu tidak ada pula aku bising, ini baru Ian usap kepala aku sudah bunyi macam mak nenek.
Arash pandang aku dengan pandangan yang tajam bila aku langsung tidak membalas apa-apa.
“Ian tu pakwe kau ke?”
Aku tersentak bila dia tanya soalan tu. Aku rasa macam nak hempuk saja kepala dia dengan buku-buku yang aku bawa tadi. Pastinya lebam kepala dia tak pun pening-pening lalat. Aku rasa nafas aku dah jadi tak  betul. Aku terus buka pintu dan terus jalan dengan laju. Arash memanggil-manggil nama aku, aku buat tidak tahu.
Aku berlari untuk balik ke bilik memandang aku tidak mempunyai kelas lagi, aku menelefon Ian dan katakan aku terus pulang ke bilik. Ian bising-bising bila aku tidak pergi makan

No comments: