aSSalamualaikum,,,, mesti korang pelik kan tgk title entri aku ni.. aku sebenarnya nak mengingatkan diri aku sendiri, so secara tak langsung aku post la kat sini sekali la kan.. Bak kata orang nak share ngan semua apa yang aku fikir....
apa yang aku maksudkan dengan KUAT @ LEMAH adalah IMAN yang kita, semua miliki.. aku sebenarnya takut bila aku tidak dapat rasa takut yang amat sangat bila memikirkan kekuasaan-nya, aku fikir aku takut tapi aku tidak ambil tindakan untuk menunjukan aku takut akan kekuasaan-NYA..
Kita tahu yang iman memang dimiliki oleh semua orang malah malaikat mahupun syaitan juga memilikinya tapi yang membeza kita semua adalah ketinggian iman...
yang semua telah tahu yang malaikat memiliki iman yang tinggi dan stabil, manakala syaitan pula punyai iman yang sangat rendah yang ingin membawa umat manusia untuk turut setaraf dengan mereka.....
untuk manusia pula, iman yang kita miliki boleh menjadi lebih tinggi daripada iman yang dimiliki oleh malaikat sekalipun tetapi kita juga boleh memiliki yang jauh lebih rendah daripada syaitan laknatullah...
aku sebenarnya takut kerana aku pasti aku tidak miliki iman yang tinggi... aku takut akan seksaan yang bakal dihadapi.. tapi aku tidak buat apa-apa untuk mengelakan perkara itu..
ada beberapa cara yang aku ingat untuk tingkatkan iman....
>beriman kpd ALLAH
>khusyuk ketika 'dating' dengan DIA
>bersedekah
>buat baik
ok la smpi sini saja lah.. aku pun tak tahu nak taip apa lagi... gud day.. gud nite
ASSAlammualaiku...
p/s kalo korang ada advice, tinggalkan komen erk.. sgt hargai..
No comments:
Post a Comment